/ Life Style Aku: Mee Bandung Utara turn to be Mee Rebus
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 14, 2009

Mee Bandung Utara turn to be Mee Rebus

Memang nak buat Mee Bandung Utara tapi disebabkan adanya campuran keledek dalam kuah mee nie tadi..rasa dia dah jadi macam Mee Rebus la pulak.. huhuhu...





Papepun, nie resepi nye ye... lupe pulak, nie untuk makan 2 orang kitorang je.. kalau nak buat untuk ramai orang, lebihkan lah ye bahan-bahan tu.... ;-)





Bahan2:



Mee kuning (kat sini takde mee kuning, ganti dengan spaghetti jelah) - setengah bungkus aje





Bahan2 untuk kuah:



Daging di rebus - 2 ketul besar



Air rebusan daging - 1 mangkuk



Udang segar - 6 ekor



Sos cili - 3 - 4 sudu besar



Sayur sawi - 3 pokok di potong biasa



Carrot - 1 batang di potong memanjang



Tauhu - seketul di potong dadu



Taugeh - sejemput (kalau nak letak lebih pun boleh)



Bunga kobis & putik jagung (optional) - Biasanya aku masukkan sayur2 nie jugak dalam kuah tapi kat sini takde stok la pulak.



Gula secukup rasa



Garam secukup rasa





Bahan-bahan dikisar :



Bawang merah - seulas ke 2 ulas



Bawang putih - seulas ke 2 ulas



Buah tomato - 1 biji (kalau kecil), separuh biji (kalau besar)



Cili blender / cili boh - 2 ke 3 sudu (kalau nak pedas letak lebih ye)



Ubi keledek - 1 biji & direbus ( nie sebenarnya tak perlu masuk dalam resepi mee bandung utara tapi sebab nak abiskan stok keledek, maka masuk jugak le tadi...hehehe)



Sedikit air





Cara membuatnya :



1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Kemudian toskan.



2. Daging rebus tadi di potong2 sederhana nipis.



3. Tumis sedikit minyak di dalam periuk / kuali. Masukkan bahan2 yg di kisar tadi. Masak sehingga naik bau.



4. Masukkan air rebusan daging & juga sos cili. Kacau sebati. Masukkan gula & garam secukup rasa.



5. Setelah mendidih, masukkan daging rebus yang di hiris tadi dan juga carrot (atau sayur2 keras yg lain). Biarkan 2 - 3 minit.



6. Kemudian masukkan batang sawi dan juga udang segar. Kacau sebati lebih kurang 1-2 minit.



7. Adjust rasa kuah mee tu ye. Kalau rasa tawar, tambah le apa2 yang patut, gula ke garam ke..



8. Akhir sekali masukkan daun sawi, tauhu & taugeh. Kacau dan tutup api.





** setengah orang suka nak pecahkan telur dalam kuah tu. terpulang kepada selera masing2 ye. Ada yang suka telur rebus.




Kemudian boleh la dihidang mee kuning/spaghetti + kuah tersebut dengan bawang goreng + hirisan daun sup + limau nipis.





p/s : Disebabkan bateri kamera adalah kong, maka gambar kejadian tadi tak dapat lah di rakam...hehehe. Takpe, aku guna gambo lama Mee Bandung Utara tu dulu jela erk (janji ado!!!).. Lebih kurang macam nie gak le rupa Mee Bandung Utara aku tadi yg dah bertukar jadi Mee Rebus itu...hehehe

9 comments:

lea said...

sedapnya..
balik umah ni nak masak gak la

lea said...

sedapnya..
balik umah ni nak masak gak la

afiq said...

makan berdua ja kah:?? wajin akak...hheeheh

hans said...

nice try
tapi kalau bleh likatkan sikit kuah tu...baru sedap

p/s:pemerhatian melalui gambar tu lah..

piNky LuCiA said...

SUKE NYE MEE BANDUNG.. SUKE3

hanizan said...

umie wat kat aku sket leh

aznitaz said...

trus dpt resepi utk 2 mskn..bagus2x..ko ni mmg rajin lahh :)

lady zaini said...

uwaaaaaaaa.....macam sedap...mmm. nk tiru la

Umie said...

lea:
meh masak secara berjemaah..hiksss

afiq:
makan bertiga tuh...kekeke.. dik, kat sini kalau malas sekalipun kena buat2 rajin..sebabnya kat sini kalau teringin makanan mcm tuh, mmg kena buat lah.. nak cari kat kedai, cari la kalau jumpe...hehehe

hans:
wah2... nie mesti sifu memasak gak nih... dari gambo pun dah boleh tau kadar kelikatan kuah nie.. segan cheq.. hehehe

pinky lucia:
meh sini meh.. jemput makan.. ;-)

hanizan:
InsyaAllah tunggu aku balik Malaysia nanti aku buatkan erk..hehehe

aznitaz:
Nie namanya rajin yang dipaksa.. sebab teringin terpaksa lah buat, nak beli kat kedai, org jepun tak reti buat...hehehe

lady zaini:
sila tiru & sila tunjukkan hasil tiruan tu nanti ye..kekeke